Menjelang tahun baru 2012 mengikut kalendar masihi pada tengah malam nanti..EmasSinar ingin mengupas perubahan ‘negatif’ harga emas dunia yang jatuh mendadak sepanjang bulan Disember ini. 30 hari yang berlalu menunjukkan kepada kita emas itu sebenarnya didominasi oleh ‘tangan-tangan’ tertentu yang menjadi pencetus kepada kejatuhan ‘teruk’ emas global dan mencacatkan rekod peratus kenaikan harga emas tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Jika dilihat dari carta emas dunia pada keseluruhan bulan disember 2011 diatas, didapati emas dunia telah turun mendadak sehingga 10.24% satu troy auns @ 31.10 gram atau sebanyak USD178.70 dalam 30 hari yang ‘mendukacitakan ini. Jika ditukar kepada matawang RM yang bersamaan 1USD=3.16900 MYR, maka jumlah kejatuhannya dalam 30 hari ini ialah sebanyak RM566.30!!...bukankah sungguh ‘mendukacitakan’?
Harga emas dunia sepanjang tahun 2011 |
Jesteru itu, penurunan harga emas sepanjang 30 hari terakhir didalam tahun 2011 ini memberi implikasi yang teruk kepada peratusan harga emas dunia pada tahun ini. Maka, hanya pertambahan 11.47% sahaja bagi tahun 2011 untuk ‘dipersembahkan’ berbanding tahun-tahun yang lain ataupun bersamaan dengan kenaikan sebanyak USD161.20 @ RM510.84 satu troy auns dan ditutup pada harga USD1566.80 per troy auns pada 31 disember. Jika diperhatikan trend penurunan ini, maka bolehlah disimpulkan bahawa tahun 2011 bukanlah tahun yang betul-betul digelar tahun kemuncak EMAS dalam ketidaktentuan ekonomi global.
Ramai yang berpendapat bahawa dengan keadaan ketidakstabilan ekonomi dunia ketika ini akan menyebabkan harga emas terus meningkat dengan andaian emas itu kalis inflasi dan kejatuhan ekonomi menandakan kenaikan emas. Walaubagaimanapun petunjuk dari analisa ini mendapati harga emas tetap terus turun di akhir 2011 dengan penurunan sebanyak RM566.30 per troy auns!..walaupun ekonomi global khususnya ekonomi Amerika dan eropah di ambang ‘krisis’ yang teruk...
Sungguhpun demikian, HARUS DIINGAT bahawa emas itu adalah penyimpan nilai. Emas juga telah meningkat lagi tahun ini sebanyak 11.47% satu troy auns berbanding tahun 2010 walaupun kita mengharapkan kenaikannya perlu melepasi 30%. Tambahan lagi, emas juga dijangkakan oleh penganalisa akan terus menigkat pada tahun 2012 akan datang. Jadi, kita yang telah memiliki emas janganlah terlalu khuatir dengan kejatuhan mendadak dalam masa 30 hari terakhir 2011 ini. Ingatlah, dalam satu hadis menyatakan ‘simpanlah emas dan perak, kerana disuatu zaman nanti tiada benda lain yang bernilai kecuali emas dan perak’. Teruskan memiliki emas..emas tetap bernilai selamanya..