Peringatan dari Emas Sinar

Allah jadikan dua logam yang bernilai (EMAS dan PERAK) sebagai pengukur kepada barangan dagangan. Logam ini seringkali dijadikan ukuran kekayaan seseorang. Walaupun adakalanya barangan dagangan lain turut menyimpan nilai yang tersendiri, akhirnya ia akan digunakan untuk mendapatkan EMAS dan PERAK. Barangan dagangan lain terkesan akibat turun naik pasaran, sedangkan EMAS dan PERAK tidak - Ibnu Khaldun

21 August 2011

Cara Menguji Ketulenan Emas Cara Konvensional

Salam..

Bagi yang 'menjiwai' emas, tentunya mereka ingin mengetahui bagaimana mahu mengetahui ketulenan emas tersebut samada ianya emas 999 (24K), emas 950 (23K), emas 916 (22K) dan lain-lain. Jadi disini dilampirkan maklumat untuk anda (saya ambil dari satu laman blog emas) dan anda boleh mencubanya di rumah. Cuma sediakan beberapa alatan penting seperti alat penimbang emas (sebaiknya bacaan 0.01g, bukannya 0.1g), bekas air plastik atau kaca lutsinar dan juga kalkulator untuk pengiraan. Selamat mencuba - Admin Emas Sinar

Bahan-bahan yang diperlukan:
1.        jag air yang diperbuat daripada plastik. kaca pun boleh juga.
2.        alat penimbang jitu atau alat penimbang khas untuk barang2 kemas. mungkin alat penimbang untuk buat kek pun boleh guna juga. pastikan alat penimbang tersebut mempunyai fungsi 'tare'. elok pilih alat penimbang yang mempunyai bacaan dari 0.01g hingga 500.00g.
3.        air paip.
4.        benang.
5.        bekas tadahan. botol mineral yang dipotong muncungnya pun boleh juga. 

Langkah2nya:-
 
1. hidupkan alat penimbang. pastikan bacaan pada alat penimbang ialah 0.00g. jika tidak, tekan butang funsi 'tare' untuk kembalikan bacaan kepada 0.00g. ikat emas anda dengan benang. pastikan ada banyak lebihan benang yang boleh dipegang. ini penting untuk langkah yang ketiga nanti. timbang emas yang telah diikatkan dengan benang tadi.anda. catatkan beratnya di dalam unit gram. contohnya 100gram. kita nama nilai ini sebagai 'm'.
2. Pastikan bacaan pada alat penimbang ialah 0.00g. jika tidak, tekan butang funsi 'tare' untuk kembalikan bacaan kepada 0.00g. letakkan jag air diatas mesin penimbang. isikan penuh jag air dengan air paip sampai melimpah ikut muncungnya. keringkan air yang melimpah tersebut dari atas mesin penimbang untuk bacaan yang lebih jitu. catatkan berat jag air bersama2 air tadi. contohnya 300g. kita nama nilai ini sebagai 'v1'.
3. Pegang hujung benang dan angkat emas tadi ke udara. celupkan emas tadi perlahan2 ke dalam jag air. tadah air yang keluar dari muncung jag tadi dengan bekas tadahan. pastikan tiada air yang terjatuh ke atas alat penimbang. jangan biarkan emas tersebut menyentuh lantai jag air.
4. Setelah keseluruhan emas tersebut tenggelam di dalam air, keluarkan perlahan2 emas tadi dari jag air itu. catatkan berat jag air bersama2 air tadi. contohnya 294.83g. kita nama nilai ini sebagai 'v2'.
5. kumpulkan nilai2 yang kita dapat tadi. dari contoh tadi,
  • m = 100g, v1 = 300g dan v2 = 294.83g.
  • pengiraan:ketumpatan emas asli adalah 19.32 g/cm padu.
  • oleh kerana kita menggunakan air sebagai medium untuk mendapatkan isipadu air, kita boleh anggap berat 1g air bersamaan dengan 1 cm padu air juga. ini kerana specific gravity(SG) air adalah 1g/1cm padu. (SG air = 1.0 g/cm padu).
  • jadi nilai2 v1 dan v2 tadi kita boleh tukar unitnya kepada cm padu.v1 = 300 cm padu, v2 = 294.83 cm padu
  • formula ketumpatan ialah; ketumpatan,(g/cm padu) = jisim,(gram) / isipadu,(cm padu).
  • dari nilai2 di atas tadi, kita boleh rumuskan ketumpatan,(g/cm padu) = m,(g) / v1 – v2,(cm padu)
  • jadi, ketumpatan emas = 100 / 300 – 294.83= 100 / 5.17= 19.34 gram/cm padu.
  • dari nilai ketumpatan di atas, kita boleh anggapkan emas tersebut mempunyai ketulenan 99.9%. biasanya mesti ada ralat sikit.untuk emas2 yang lain macam 916 ke, biasanya nombor-nombor 999, 916 atau 850 tu menunjukkan peratus kandungan emas di dalam barang2 kemas atau duit syiling atau sebagainya.
  • jadi untuk mengira ketumpatan emas 916 = 19.32 x (91.6/100) = 17.69 gram/cm padu untuk emas 850 = 19.32 x (85.0/100) = 16.42 gram/cm padu.

2 comments:

  1. adakh menguji emas mengunakan batu tepat ?

    ReplyDelete
  2. makdsudnya. memang betul2 bukan emas lah kalau tuang chemical dia hilang

    ReplyDelete