Salam peminat Emas..
Saya telah membaca satu artikel menarik 2 hari lepas berkenaan satu tulisan daripada blog wangemas.com berkaitan Ekonomi negara Amerika dan hubungannya secara langsung dengan komoditi Emas. Justeru itu, saya mengganggapnya sebagai satu perkongsian ilmu untuk kita dan quote sedikit penulisan pengarang blog www.wangemas.com. Kredit kepada beliau!
Saling kaitan Ekonomi Amerika dengan Komoditi Emas
Hutang negara Amerika yang semakin meningkat kebelakangan ini, akan menyebabkan beberapa masalah di dalam ekonomi negara seperti peningkatan kadar inflasi, peningkatan kadar faedah dan sekaligus menurunkan kadar pertumbuhan ekonomi negara. Semua itu adalah berita buruk berkaitan ekonomi bagi sesebuah negara. Perkara ini juga sekaligus menyebabkan nilai matawang sesebuah negara itu akan menjadi susut.
Disebabkan Amerika adalah merupakan ketua ekonomi dunia pada ketika ini, maka jika US mengalami sebarang masalah ekonomi, ianya bermakna seluruh dunia juga akan turut merasai kesannya. Peningkatan kadar inflasi akan menyebabkan nilai matawang kertas semakin menyusut. Sebuku roti yang berharga RM2.00 hari ini, secara tiba-tiba boleh menjadi RM1300.00 pada tahun hadapan. Ianya tidak mustahil, dan ia telah berlaku di negara Zimbabwe dimana kadar inflasinya telah meningkat sebanyak 65000% hanya dalam masa 1 tahun (2006-2007). Peningkatan kadar inflasi yang sangat banyak dan berlaku secara mendadak ini dipanggil Hyperinflasi.
Malaysia turut mempunyai hubungan perdagangan (export barang) dengan Ameika. Jadi jika apa apa berlaku terhadap ekonomi Amerika. Ianya juga akan turut memberikan kesan serba sedikit kepada negara kita.
Disinilah munculnya isu “emas” dikala nilai wang-wang kertas semakin menyusut, nilai emas pula adalah sebaliknya dan ianya semakin meningkat dari setahun ke setahun. Disebabkan itulah emas dikatakan, satu “alat kewangan” yang kalis inflasi dan dikenali sebagai “alat penyimpan kekayaan”. Saya berikan contoh bagaimana emas boleh melindungi wang kita dari susut akibat inflasi,
Contohnya...
Jika sebelum inflasi, perbelanjaan dapur sebulan bagi rumah anda adalah RM600, maka, apabila berlaku hyperinflasi, (katakan kadar inflasi meningkat sebanyak 200% pada tahun hadapan), maka, anda perlu membayar RM1800 untuk barang yang sama. Tetapi jika sekarang anda menukarkan wang anda itu kepada emas dimana, RM600 adalah bersamaan 1 dinar emas. Pada tahun hadapan apabila berlaku hyperinflasi, (Dimana nilai emas tetap naik, dan selalunya melebihi kadar inflasi. Kemungkinan harga 1 dinar emas pada waktu itu mungkin sudah menjadi RM2,000 )
Ini bermaksud, anda masih tetap membayar 1 dinar emas juga untuk perbelanjaan barang barang dapur rumah anda walaupun negara pada masa itu sedang mengalami hyperinflasi. Ops! Jangan terkeliru, anda tidak akan membayar penjual itu dengan dinar emas tersebut tetapi anda perlu tukarkan 1 dinar anda itu kepada wang kertas terlebih dahulu. Apabila anda jual 1 dinar anda itu, anda akan dapat RM2,000, selepas itu barulah anda pergi membeli-belah di pasaraya.
Disebabkan itulah, ramai rakyat Amerika kini berpusu-pusu membeli emas, malahan banyak pakar-pakar ekonomi dan pakar kewangan peribadi US termasuk Robert T. Kiyosaki (penulis buku Rich Dad, Poor Dad), menyarankan agar orang ramai membeli & menyimpan emas sebagai persediaan menghadapi masalah kemelesetan ekonomi serta kejatuhan nilai matawang dollar.
- www.wangemas.com
No comments:
Post a Comment