Salam peminat emas..
EmasSinar hari ini ingin mengetengahkan isu spread atau susutnilai yang menjadi penentu kepada keuntungan kita apabila emas itu dijual bila harganya naik nanti. Tidak semua orang menyimpan emas untuk dipakai, sesetengahnya menyimpan untuk pelaburan kerana emas ialah aset jangka panjang dan paling mudah dimiliki sama seperti aset bernilai lain seperti rumah dan tanah.
Bagi pandangan peribadi EmasSinar, aset yang paling mudah dibeli dan mudah disimpan ialah EMAS. Berbanding dengan aset lain seperti tanah sebagai contoh, mungkin kita perlu menyediakan lingkungan RM30,000.00 untuk membeli satu lot tanah sekarang ini. Bagi mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah, menyediakan RM30,000.00 tersebut secara tunai untuk membeli aset ini nampaknya samar-samar. Kalau adapun, mungkin mereka memerlukan lagi RM10,000.00 paling kurang untuk simpanan ‘back up’ apabila RM30,000.00 dilaburkan untuk membeli tanah. Tanah pula bukan dalam bentuk ‘kecairan’ yang boleh dijual bila-bila masa bagi mendapatkan tunai segera. Prosedur birokrasi khususnya di pejabat tanah dalam urusan jualan dan pindah hak milik, memungkinkan urusan jualan tanah mengambil masa beberapa minggu untuk selesai dan kemudian penjual barulah memperolehi wang yang dikehendaki. Ianya sangat merumitkan! Tetapi harus diingat tanah ialah aset jangka panjang yang sangat berharga!
Pada minggu-minggu penurunan harga emas bermula 2 minggu yang lepas hingga hari ini iaitu pada awal Disember 2011, EmasSinar telah melakukan survey atau dalam bahasa mudahnya kajian ‘spread’ bagi beberapa kedai emas yang telah dilawati.
Disini disenaraikan beberapa Kedai Emas beserta dengan spread yang mereka ambil apabila kita mahu menjualnya kepada mereka.
Berdasarkan jadual dibawah, dapat disimpulkan bahawa jualan semula emas anda samada jenis 916 atau 999 kepada kedai emas memberikan spread melebihi 12% hingga 35% samada trade in atau cash. Hasil kajian ini mendapati, kedai emas yang mengikut harga FGJAM (Federal Goldsmith and Association of Malaysia) membeli emas kita dengan spread yang sangat tinggi khususnya Tomei, Habib Jewels dan Poh Win.
Rumusan:
1. Jangan menjual emas anda di kedai emas yang mengikut harga persatuan- FGJAM. Jika anda ingin membeli emas di Habib Jewels kerana design ketukangannya yang cantik dan menarik hati, JANGAN sesekali trade in emas anda disitu. Cari kedai lain yang boleh menerima emas anda secara cash dengan spread yg rendah dan belilah emas yang diingini di Habib Jewels.
2. Jual kepada orang perseorangan atau iklankan dimana-mana pengiklan percuma seperti di internet dan jual dengan spread yang rendah sedikit. Contohnya anda jual dengan spread 8% emas anda dari nilai pasaran emas semasa.
3. Beli emas tidak akan rugi. Anda boleh membuat survey seperti saya jika bercadang menjualnya jika harga emas naik. Cari kedai yang boleh membeli dengan spread rendah.
4. EmasSinar menerima emas anda dengan spread seperti berikut:
- Emas 916 terpakai – 11% spread dari harga 916 semasa
- Emas 999 terpakai – 9 % spread dari harga 999 semasa
Sekian, untuk perkongsian ilmu kita hari ini. Moga-moga anda tidak takut membeli emas disebabkan spread yang tinggi di kedai emas yang berada di bawah persatuan emas FGJAM Malaysia. Emas adalah alat penyimpan nilai. Tidak rugi anda membelinya.
Disini disenaraikan beberapa Kedai Emas beserta dengan spread yang mereka ambil apabila kita mahu menjualnya kepada mereka.
No | Nama Kedai | Lokasi | Spread | Jenis Spread |
1 | Kedai Emas Mek Yang | Pasir Puteh, Kelantan | 13% (916), 12% (999) | Trade In shj. Jika mahukan Cash- 916 jadi 16% spread, 999 jadi 14% spread |
2 | Kedai Emas Zahari | Pasir Puteh, Kelantan | 13.6% (916), boleh dirunding jika 999 | Trade In shj. Jika mahukan Cash- 916 jadi 16% spread, 999 boleh dirunding |
3 | Kedai Emas Sepuluh Muzaraddah | Kuala Terengganu, Terengganu | 14.9% (916), 999 boleh dirunding | Cash dan Trade in. 999 boleh dirunding |
4 | BC Gold Amanah | Batu Enam, Kuala Terengganu | 14% (916), 12% 999) | 14% spread untuk trade in shj, 16% spread jika cash |
5 | Kedai Emas Poh Win | Mahkota Parade, Melaka | 25% (916 n 999) | Trade in. Jika mahukan cash 30% spread |
6 | Kedai Emas Tomei | Mahkota Parade, Melaka | 22% (916 n 999) | Trade in. Jika Cash 30% |
7 | Kedai Emas XXX | Berdekatan McDonald, bandar Segamat Johor | 30% (916 n 999) | Trade in sahaja. Jika Cash 35% spread |
8 | Kedai Emas XXX | Dalam pasaraya Billion, Port Dickson N.S | 16% (916), boleh dirunding jika 999 | Trade in dan cash |
9 | Habib Jewel | Alamanda, Putrajaya | 25% (916), boleh dirunding jika 999 | Trade in shj. Jika mahukan cash 30% |
10 | Kedai Emas Poh Kong | Kluang, Johor | 20% (916), boleh dirunding jika 999 | Cash shj. Jika Trade in 16% |
No comments:
Post a Comment