Salam peminat Emas..
Sekadar ingin berkongsi maklumat berkenaan harga emas dunia yang turun dengan drastik tanpa diduga. Bagi pelabur emas samada pelabur kecil ataupun besar, tentunya tindakan MENJUAL emas tidak akan dilakukan dalam tempoh ini. Bolehlah dianggap sebagai amalan berehat sekejap daripada menjual emas yang dipegang.
Mungkin masa ini adalah masa yang paling baik bagi kita MEMBELI emas. Harga yang turun dalam sekitar RM8.00 - RM10.00 segram memberi implikasi positif untuk proses pembelian secara banyak dalam tempoh penurunan harga emas ini.
Harga Emas dunia pada 23 Sept 2011 (Jumaat) |
Jika dilihat dari harga emas dunia yang turun mendadak pada 21-23 sept 2011 sehingga harga satu troy auns (1 troy auns = 31.100 gram) menjadi USD1657.20 atau RM5249.18 bersamaan RM168.78 segram (1 USD = 3.16750 MYR), ianya menunjukkan kepada kita bahawa penurunan sebegini tidak boleh diagak ataupun dijangkakan oleh pelabur. Saya sendiri pun tidak menjangkakan penurunan sebegini banyak boleh terjadi.
Harga Emas Malaysia pada 23 Sept 2011 = RM168.61 |
Kebiasaanya harga emas Malaysia seperti dalam graf diatas (harga yg belum lagi dijual di kedai emas) adalah sekitar RM179.00-RM185.00 segram dalam bulan ogos hingga 20 september. kalau dijual di kedai emas pula harganya berlegar antara RM194.00 ke RM200.00 segram pada awal september yang lalu hingga 20 september. Malahan Persatuan Penukang Emas Malaysia (FGJAM - www.fgjam.org.my) telah meletakkan harga jualan emas tulen 24K dengan harga RM216.00 segram dari 6 Sept sehingga tarikh 22 Sept 2011 iaitu selama 12 hari!
Walauapapun keadaanya sekarang, bagi pelabur dan peminat emas tindakan terbaik kita dalam tempoh penurunan harga emas ini ialah tindakan PEMBELIAN emas. Membeli dalam tempoh ini memberikan KUANTITI emas yang banyak pada kadar harga yang murah. Justeru itu, aktiviti PENJUALAN emas adalalah langkah yang kurang sesuai kecuali kita dalam situasi UNTUNG (mungkin anda masih untung jika menjualnya disebabkan harga emas yg dibeli dahulu kurang lagi dari harga emas semasa hari ini) atau TERDESAK. Apapun lakukanlah yang terbaik bagi pandangan anda.
EmasSinar mengucapkan selamat MEMBELI emas dan ingat 'Emas tetap bernilai selamanya'...
No comments:
Post a Comment