Peringatan dari Emas Sinar

Allah jadikan dua logam yang bernilai (EMAS dan PERAK) sebagai pengukur kepada barangan dagangan. Logam ini seringkali dijadikan ukuran kekayaan seseorang. Walaupun adakalanya barangan dagangan lain turut menyimpan nilai yang tersendiri, akhirnya ia akan digunakan untuk mendapatkan EMAS dan PERAK. Barangan dagangan lain terkesan akibat turun naik pasaran, sedangkan EMAS dan PERAK tidak - Ibnu Khaldun

18 September 2011

EmasSinar membeli emas anda!

Salam Peminat Emas...

EmasSinar telah menerima beberapa maklumbalas daripada peminat emas yang mahukan EmasSinar turut juga menjalankan urusan PEMBELIAN emas. Setelah mengkaji maklumbalas tersebut, maka bermula HARI ini 18 Sept 2011 (Ahad), EmasSinar akan membeli emas anda jika mahu menjualnya. EmasSinar membeli emas tersebut dengan 2 (dua) kaedah iaitu:

KAEDAH 1: 
Pembelian secara Trade In - Dimana EmasSinar membeli emas anda dengan susut nilai 12.5% bagi emas 999 (samada Gold Bar dan Barang Kemas) dan susut nilai 14% bagi emas 916 (Barangan Kemas) dari harga emas semasa dan anda perlu membeli emas pilihan anda dengan EmasSinar. (rujuk posting dalam blog ini untuk info dan gambar berkaitan barangan emas yang dijual) 

KAEDAH 2: 
Pembelian secara Tunai - Dimana EmasSinar membeli emas anda secara TUNAI dengan susut nilai 14% bagi emas 999 (Gold Bar dan Barang Kemas) dan susut nilai 16% bagi emas 916 (Barangan Kemas) dari harga emas semasa.

Harga Emas semasa boleh dirujuk di laman blog EmasSinar ini (bahagian kanan blog sebelah atas)

Rujuk harga Kami Jual di bahagian emas 999 atau 916. Harga emas semasa dikemaskini setiap hari jam 10.00 pagi keatas.

Untuk memudahkan pemahaman peminat emas, EmasSinar telah menyediakan satu jadual pembelian bagi aktiviti ini beserta contoh pengiraan pembelian emas anda. Sila hubungi EmasSinar samada melalui email: emassinar@gmail.com atau 014-2114683. Selamat berurus niaga..!!

- Admin EmasSinar 014-2114683

No comments:

Post a Comment