Peringatan dari Emas Sinar

Allah jadikan dua logam yang bernilai (EMAS dan PERAK) sebagai pengukur kepada barangan dagangan. Logam ini seringkali dijadikan ukuran kekayaan seseorang. Walaupun adakalanya barangan dagangan lain turut menyimpan nilai yang tersendiri, akhirnya ia akan digunakan untuk mendapatkan EMAS dan PERAK. Barangan dagangan lain terkesan akibat turun naik pasaran, sedangkan EMAS dan PERAK tidak - Ibnu Khaldun

04 November 2011

EmasSinar: Salam Aidiladha dan emas kini menghampiri USD1800!

Salam Aidiladha kepada semua..!


EmasSinar mengucapkan selamat hari raya qurban kepada semua peminat emas dan pelanggan EmasSinar..lagi 2 hari bakal menyusul bagi kita menyambut kedatangan Aidiladha kali ini. Mohon maaf sekiranya ada silap dan salah, moga-moga keberkatan Zulhijjah kali ini menjanjikan seribu kebahagiaan untuk diri kita semua. Amin!

Sehingga post ini ditulis, harga emas dunia ketika ini mencecah USD1759.10 atau  RM 5502.99 bagi satu troy auns @ 31.10 gram. USD1.00 bersamaan RM3.13 hari ini 4-Nov 2011. Jika ditukarkan kepada Ringgit Malaysia per gram, kita akan dapati harga segram emas tulin ialah RM176.94!..ini belum lagi dicampur dengan tambahan 10% - 12% lagi bagi harganya di Malaysia.


PublicGold sebagai contoh sahaja harganya hari ini pd jam 8.55am, 4 Nov 2011 bagi segram (andaian emas gold bar PG ialah 10gram) ialah RM197.60!..lagi RM2.40 utk mencapai harga RM200.00 segram kembali..mungkin inilah keberkatan Aidiladha yg kita mungkin tidak sedari..


 Moga-moga harga emas terus stabil dan terus maju lagi/...yang mana rasanya dah berkira-kira nak jual emas mereka, juallah kalau menguntungkan!...rugi kalau tak jual wooo...

salam.

Rgds,
Admin EmasSinar

No comments:

Post a Comment