Peringatan dari Emas Sinar

Allah jadikan dua logam yang bernilai (EMAS dan PERAK) sebagai pengukur kepada barangan dagangan. Logam ini seringkali dijadikan ukuran kekayaan seseorang. Walaupun adakalanya barangan dagangan lain turut menyimpan nilai yang tersendiri, akhirnya ia akan digunakan untuk mendapatkan EMAS dan PERAK. Barangan dagangan lain terkesan akibat turun naik pasaran, sedangkan EMAS dan PERAK tidak - Ibnu Khaldun

11 November 2011

Rantai Tangan Gajah Padu 24K 11.11.11....!!

Salam peminat emas..


Gajah padu 24K @ 999


Rantai tangan gajah padu 24K @ 999 untuk pelaburan emas anda. Dijamin dengan susutnilai cuma 5% sahaja dari harga emas 24K semasa bila dijual semula kepada EmasSinar.

1. Gajah padu 999 20.00gram = 2 pcs
2. Gajah padu 999 10.00gram = 2 pcs

Harga jualan EmasSinar hari ini (11.11.2011) ialah RM196.00 segram. Untuk pengetahuan semua harga EmasSinar adalah mengikut  harga pasaran emas semasa, WALAUBAGAIMANAPUN jualan balik kepada EmasSinar bagi emas yang dibeli ialah sebanyak 6% spread @ susutnilai. Cuma tunjukkan resit pembelian dahulu sebagai bukti.

Gajah Padu 999 dengan tag

Gajah Padu 999 vs pensil BB

Gajah Padu 999 daripada pandangan atas

Berat yang telah ditimbang

Gajah Padu 999 ready to courier!

Mungkin bagi sesetengah bakal pembeli khuatir untuk meneruskan pembelian walaupun berminat disebabkan faktor ketidakpercayaan seperti penipuan dll. Adalah lebih baik jika diadakan pertemuan pertama bagi urusan jual beli untuk mengukuhkan kepercayaan anda. Bolehlah menghubungi EmasSinar seperti no hp yang tertera diatas untuk membuat temujanji. Lokasi and COD sekitar Kuala Terengganu, Marang, Setiu dan Besut

Harga emas dunia hari ini 'bermain' yo-yo sejak 2 hari lepas..dipertengahan hari sekitar 8pg-12tgh waktu New York, 9 Nov 2011 sehinggalah jam 3.10pg waktu New York, 11 Nov 2011, harga emas dunia berlegar-legar sekitar USD 1760.00 hingga 1790.00 satu troy auns (31.10gram). Nampaknya belum lagi 'ianya' mahu mencecah USD1800.00 dan keatas kali ini. Jika dilihat trend sebegini 'ianya' seperti mahu 'mempermainkan' perasaan pelabur emas khususnya di Malaysia yang menunggu untuk menanti di pintu RM200.00 segram dengan selamat. 'Selamat' dalam erti kata lain...melepasi harga RM200.00 tanpa perlu mencecah kembali harga RM19x.xx segram. Andai dibolehkan dan diizinkan, mahu rasanya angka 200 pula yang 'bermain-main' selepas ini sehingga tahun 2012 hadapan. Alangkah bahagianya...

Apapun, EmasSinar mengucapkan selamat melabur kepada peminat emas, khususnya pelanggan-pelanggan EmasSinar yang setia bersama EmasSinar dulu, kini dan selamanya.


Salam keEMASan..

Admin EmasSinar


No comments:

Post a Comment